Terma dan Peraturan

Bakal-bakal pelajar yang dihormati,

  • Sila pastikan anda baca dan faham segala terma dan peraturan yang telah ditetapkan sebelum anda membuat pendaftaran rasmi di Smart Skill.
  • Anda adalah termaktub di bawah peraturan-peraturan yang ditetapkan selepas anda mendaftar.
  • Pelajar yang tidak mematuhi peraturan secara automatik diberhentikan dan boleh dikenakan tindakan perundangan dan sebarang surat menyurat adalah melalui Peguam Syarikat yang dilantik.
  • Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung dengan peraturan-peraturan Smart Skill, anda boleh terus berhubung dengan Pegawai kami di talian 03-4131 8125 atau 012-245 0301. 
  • Tertakluk kepada perubahan semasa yang mana akan dimaklumkan. 
  • Perkara ini penting bagi menggelakkan timbulnya isu dan salah faham di antara pelajar dan pihak pengurusan yang mana boleh menjejaskan nama syarikat.
  • Kecuaian anda terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dianggap kesalahan anda sendiri dan tidak ada kaitan dengan syarikat. 

 

 

MAKLUMAN AM

  • Setiap Slot / Sesi terhad kepada 8 - 10 pelajar untuk satu-satu masa bergantung pada jenis program yang dijalankan.
  • Pendaftaran secara Pakej (bagi kelas jahitan pakaian dan kelas jahitan langsir) adalah termasuk dengan peralatan jahitan iaitu gunting, set pembaris, roda surih, tracing paper, penetas, jarum peniti, kapur, pita ukur, buku nota dan bag.
  • Pendaftaran bagi Bengkel Kemahiran / Workshop tidak termasuk material dan bahan kecuali dinyatakan dalam promosi. 
  • Pendaftaran Single Pattern (bagi kelas jahitan pakaian dan kelas jahitan langsir) tidak termasuk peralatan yang dinyatakan di atas kecuali nota. 
  • Pendaftaran secara rasmi adalah dengan mengisi borang, membuat pembayaran pendaftaran dan menyertakan salinan KP. Pendaftaran secara online tidak diterima. 
  • Pendaftaran rasmi yang tidak hadir bagi sesi kelas pertama adalah termasuk dalam senarai KIV dan PENDAFTARAN HANYA SAH LAKU DALAM TEMPOH 06 (ENAM) BULAN SAHAJA. Selepas tempoh tersebut, pendaftaran adalah terbatal dan pelajar perlu membuat pendaftaran baru seperti biasa sekiranya masih berminat untuk meneruskan kelas. 
  • TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA KANAK-KANAK DI BAWAH 12 TAHUN ke kelas.
  • Tidak dibenarkan TUKAR KELAS TANPA KEBENARAN pihak pengurusan. Kelas rasmi adalah kelas yang telah dipilih semasa sesi pendaftaran. Pelajar akan dikenakan tindakan sekiranya didapati bertukar kelas tanpa kelulusan.
  • Sila pastikan anda tahu dan dimaklumkan TARIKH TAMAT TEMPOH KELAS anda sebelum mula sesi kelas pertama atau semasa sesi kelas pertama. 
  • Pembayaran yuran secara ansuran hanya dibenarkan bagi Pakej Lengkap 1, Pakej Lengkap 2, Pakej Belajar Sampai Pandai (BSP) dan Kelas Jahitan Langsir sahaja. Terma pembayaran adalah seperti yang telah dinyatakan di dalam jadual Pakej. Tarikh patut bayar bulanan adalah mengikut tarikh mula kelas pertama (setiap bulan). Pembayaran LEWAT SELEPAS TEMPOH 3 HARI DARI TARIKH PATUT BAYAR tidak dibenarkan meneruskan kelas sehingga pembayaran dibuat.
  • Tiada kemudahan 'tangguh kelas' / 'berhenti sementara' / 'rehat sementara'. Setiap pelajar yang berdaftar wajib menghabiskan tempoh pakej anda dan hadir ke kelas mengikut jadual yang telah anda pilih.  
  • Peraturan tertakluk kepada perubahan semasa yang mana akan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak pengurusan.

 

PERATURAN PEMBAYARAN

  • Pendaftaran hanya diterima dan rasmi setelah kami menerima pembayaran pendaftaran bagi kursus pilihan. Mana-mana pelajar yang mendaftar tanpa bayaran pendaftaran tidak diangggap mendaftar.  
  • Yuran Pakej A, B, C, D dan E (Kelas Jahitan Pakaian) dan kelas jahitan langsir WAJIB DIJELASKAN SEMASA KELAS PERTAMA SEBELUM MULA KELAS. Pelajar yang tidak membuat bayaran penuh tidak dibenarkan memulakan kelas. 
  • TIADA BAYARAN SECARA ANSURAN bagi kelas jahitan pakaian wanita dan lelaki Pakej A, B, C, D dan E.
  • Yuran bagi kelas jahitan pakaian wanita Pakej Lengkap 1, Pakej Lengkap 2 dan BSP dan kelas jahitan langsir dan hiasan dalaman boleh dijelaskan SECARA ANSURAN BULANAN MENGIKUT TERMA YANG TELAH DITETAPKAN.
  • Pembayaran secara ansuran bulanan tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang telah dinyatakan di dalam jadual Pakej. 

 

PERATURAN KEHADIRAN KELAS

  • Kehadiran kelas adalah WAJIB.
  • Ketidakhadiran selama 2x berturut-turut tanpa sebarang sebab / makluman kepada pihak pengurusan atau guru dianggap tidak berminat dan diberhentikan. Tempat akan digantikan dengan pelajar baru tanpa sebarang notis. 
  • Tidak ada kelas ganti jika anda tidak hadir ke kelas anda.  
  • Pelajar dinasihatkan berhubung terus dengan pihak pengurusan atau guru sekiranya mempunyai sebarang masalah berhubung kehadiran. 

 

LAIN-LAIN MAKLUMAN

  • Segala kemudahan yang disediakan di dalam kelas adalah HAK MILIK SYARIKAT. Syarikat berhak menuntut segala ganti rugi atas kerosakan atau kehilangan disebabkan oleh pelajar.
  • Pelajar yang mempunyai sebarang masalah sepanjang mengikuti kelas di Smart Skill dinasihatkan berhubung terus dengan pihak pengurusan. 
  • Aduan yang tidak diterima melalui saluran yang betul akan dianggap PERBUATAN MENCEMARKAN IMEJ SYARIKAT DAN MUNGKIN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN MELALUI PEGUAM SYARIKAT YANG DILANTIK. 
Waktu | 13 December, 2017