HUBUNGI KAMI

SMART SKILL CENTRE

34L-1-1 Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju Seksyen 5, 53300 Kuala Lumpur

 

WAKTU PEJABAT
Isnin - Khamis 10.00 Pagi - 02.00 Petang
Jumaat & Cuti Umum TUTUP
Sabtu - Ahad 10.00 pagi - 05.00 petang 

 

Atau, anda boleh isi BORANG PERTANYAAN di ruangan sebelah kiri. Maklumbalas akan dihantar ke email anda dalam tempoh 24 jam (kecuali Jumaat dan Cuti Umum). 

Sila pastikan alamat email yang diberi Tepat dengan ejaan yang Betul. 

 

Anda juga boleh menyemak pertanyaan anda pada soalan-soalan lazim di bawah. Sekiranya tiada jawapan bagi sebarang kemusykilan anda, sila hubungi kami di talian 012 245 0301 (waktu pejabat smart skill)

 
 
FAQs
 
  • PENDAFTARAN PROGRAM

Bagaimana saya ingin membuat Pendaftaran?

- Pendaftaran program perlu dibuat di kaunter smart skill centre. Kami beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dan Cuti Umum TUTUP. Pelajar dianggap telah mendaftar secara rasmi setelah membuat pembayaran penuh yuran pendaftaran. 
 
 

Bagaimana saya ingin menyemak kekosongan kelas yang saya nak?

- Anda boleh menyemak kekosongan kelas semasa sesi penerangan kursus / pendaftaran di smart skill. Semakan kelas tidak boleh dibuat melalui telefon. Ini kerana, kami mengajar secara individu dan tempat di dalam kelas adalah terhad.  
 
 

Bolehkah pendaftaran dibuat secara online?

- Harap maaf, tiada kemudahan pendaftaran secara online. 
 
 

Bolehkan saya membuat booking kelas melalui telefon?

- Harap maaf, kami tidak menerima booking kelas melalui telefon. 
 
 

Apakah yang perlu saya bawa semasa sesi pendaftaran?

- Anda perlu bawa yuran pendaftaran (mengikut jenis pakej yg anda ingin daftar) dan bawa satu salinan kad pengenalan.
 
 
 

Adakah saya boleh mendapatkan kembali yuran pendaftaran yang telah dibayar sekiranya saya tidak hadir kelas pertama dan ingin membatalkan pendaftaran saya?

- Harap maaf, yuran pendaftaran TIDAK DIKEMBALIKAN. 
 
 
 
 
  • MAKLUMAT PROGRAM
 

Bagaimana saya ingin mendapatkan maklumat berhubung dengan yuran dan tempoh pakej pilihan saya?

- Anda boleh mengisi Borang Pertanyaan di sudut sebelah kiri anda atau hubungi kami di talian 03 4131 8125 atau juga boleh terus datang ke Smart Skill di alamat yang diberikan. Sila pastikan anda maklum waktu pejabat kami. Sila pastikan juga anda nyatakan dengan jelas Satu Pakej atau Program Pilihan anda. Pastikan juga anda eja dengan betul dan tepat alamat email anda sebelum tekan butang 'hantar'.
 
 

Bolehkah pihak smart skill emailkan maklumat penuh berkenaan dengan semua pakej dan program yang ditawarkan?

- Harap maaf, kami tidak dapat emailkan maklumat penuh semua program yang ditawarkan. Memandangkan program yang ditawarkan oleh Smart Skill adalah pelbagai, anda dicadangkan agar terus datang ke Smart Skill untuk mendapatkan keterangan lengkap. Lebih mudah dan lebih jelas bagi mengelakkan sebarang kekeliruan maklumat.
Waktu | 13 December, 2017