Mengenai Kami

     Smart Skill Centre ditubuhkan pada 01 Mac 2009. Di awal penubuhan, Smart Skill mengendalikan Kursus Kemahiran Jangka Pendek untuk kakitangan swasta dan persatuan-persatuan NGO sekitar Kuala Lumpur. Bidang kemahiran yang ditawarkan ialah Kecantikan, Bahasa, Pembangunan Kendiri (Personnel Development), Jahitan Seni Kreatif dan Kraftangan. 

     Dengan berpandukan kepada keperluan semasa dan meningkatnya sambutan daripada masyarakat awam, Smart Skill telah membangunkan dan memperluaskan lagi kurikulum Kursus Jangka Pendek kepada Program Jangka Pendek peringkat Sijil. Antara program utama yang ditawarkan di Smart Skill kini ialah Jahitan Pakaian Wanita, Jahitan Pakaian Lelaki, Jahitan Pakaian Kanak-kanak, Jahitan Langsir dan Hiasan Dalaman, Jahitan Seni kreatif (Manik & Labuci) dan Sulaman. Selain itu, Smart Skill juga menawarkan beberapa program sampingan seperti Kemahiran Komputer Dalam Pengurusan, Multimedia, Perakaunan Berkomputer, Perkeranian (Pengurusan Pejabat), Seni Fotografi serta Seni Solekan dan Andaman.
 

      Program-program yang ditawarkan di Smart Skill terbuka kepada semua golongan dewasa bekerja atau tidak, pelajar-pelajar IPTA/IPTS dan remaja-remaja lepasan sekolah. Sambutan yang diterima bukan sahaja di kalangan pelajar-pelajar di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor malahan daripada luar kawasan iaitu daripada Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Sabah dan Sarawak. Malahan, program kemahiran Smart Skill juga turut mendapat sambutan daripada segelintir pelajar antarabangsa IPTA dan isteri-isteri kakitangan kedutaan asing di Kuala Lumpur. 

     Alhamdulillah, semenjak penubuhannya, Smart Skill telah berjaya melatih lebih daripada 600 orang pelajar daripada pelbagai bidang kemahiran dan sentiasa mendapat kepercayaan daripada syarikat-syarikat dan agensi kerajaan dalam mengendalikan latihan kemahiran untuk para kakitangan.

    Dalam usaha untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan dan program kemahiran yang ditawarkan, Smart Skill sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat dalam bidang yang berkaitan bagi memantapkan lagi kurikulum yang ditawarkan. Ini merupakan antara langkah Smart Skill untuk membangunkan serta membuka peluang pendidikan kepada para pelajar terutamanya dalam bidang Kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi dan diiktiraf.   

 

Visi :

Menjadi sebuah Institusi Pendidikan terkemuka yang menumpukan kepada aspek pendidikan kemahiran dalam pendekatan yang menyeluruh.


Misi :

  1. Menyediakan pendidikan dan latihan untuk melahirkan tenaga kerja berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran, produktif dan relevan dengan perkembangan industri.

  2. Menyediakan peluang latihan berasaskan kemahiran yang lebih luas kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira jurang perbezaaan umur, tahap pendidikan, bangsa dan agama.

  3. Menawarkan pendidikan & latihan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi dan menjadi satu sumber pendapatan yang lumayan kepada pelajar.

  4. Menjadikan bidang kemahiran sebagai medium pembangunan modal insan.

  5. Mewujudkan kerjasama pintar dengan industri.

  6. Membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada pelajar bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga terutamanya daripada golongan yang berpendapatan rendah dan golongan yang tercicir dalam bidang akademik.

 

Waktu | 13 December, 2017